BAB
3 PERANCANGAN
3.1 Pengenalan
Perancangan
Definisi Perancangan
Perancangan merupakan proses di mana pengurus
menentukan matlamat yang hendak dicapai dan menentukan tindakan
yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi
Proses
menentukan visi, misi dan matlamat dan membentuk tindakan yang
diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
“Aktiviti
yang berorientasikan masa depan, iaitu apa yang hendak diperolehi pada masa
hadapan dengan mula melaksanakan programnya sekarang.”
JENIS-JENIS PERANCANGAN
1. Perancangan Jangka Panjang (Strategik)
Perancangan
jangka panjang adalah satu rancangan umum yang komprehensif dan meliputi keseluruhan
organisasi yang merangkumi penentuan visi, misi dan objektif/matlamat sesebuah
organisasi.
Melibatkan
proses pembuatan keputusan berkenaan matlamat jangka panjang organisasi yang
mengambil masa melebihi tiga tahun tetapi tidak lebih dari lima tahun.
Perancangan
ini
dilakukan oleh pengurusan peringkat
atasan kerana perancangan ini melibatkan
risiko yang tinggi dan memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi.
2. Perancangan Jangka Sederhana (Taktikal)
Perancangan
jangka sederhana adalah perancangan yang direkabentuk bagi melaksanakan
perancangan strategik. Ia merupakan satu pelan operasi yang spesifik yang
memperincikan bagaimana, bila dan di mana sesuatu strategi itu akan
dilaksanakan
Perancangan
jangka sederhana dijalankan mengikut strategi yang dibentuk, diterjemahkan
daripada perancangan jangka panjang oleh pengurus peringkat pertengahan.
Tempoh
perancangan jangka sederhana lebih singkat berbanding perancangan jangka
panjang iaitu antara satu hingga tiga tahun.
Ia juga dikenali sebagai rancangan fungsian
yang meliputi perancangan sesuatu jabatan seperti perancangan pemasaran,
perancangan kewangan, perancangan sumber manusia dll.
3. Perancangan Jangka Pendek (Operasian)
Pengurus bawahan bertanggungjawab
menyediakan perancangan operasian (jangka pendek) iaitu perancangan perincian dari perancangan tektikal dengan memiliki kemahiran teknikal. Perancangan
yang dibuat perlu selaras dengan perancangan yang dibuat oleh pengurus
peringkat atasan dan pertengahan. Disediakan dengan tujuan untuk mengawal
operasi harian.
Jangka
masa paling pendek iaitu kurang daripada satu tahun dan memberi penekanan kepada
tugas-tugas rutin serta dilakukan secara berulang-ulang contohnya kerja harian,
mingguan, bulanan.
Perancangan
ini biasanya adalah berkaitan aktiviti pengeluaran.
Kepentingan Perancangan
1. Menyediakan hala
tuju (menentukan matlamat) organisasi
Dalam perancangan pengurusan menentukan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi.
Dengan adanya perancangan
yang dibuat, hala tuju syarikat dapat ditentukan. Pengurus dapat menentukan
matlamat dan objektif kumpulan kerja dan membangunkan strategi yang menyeluruh
bagi mencapai matlamat.
Melalui perancangan juga pengurus dapat mengagih dan menggunakan sumber-sumber
dengan lebih efektif dan efisien.
Perancangan juga
dapat membantu pengurusan mengenalpasti operasi yang diperlukan serta bagaimana
ia mempengaruhi organisasi.
2. Tanda
aras (ukuran prestasi) untuk mencapai objektif
Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri produk, perkhidmatan atau proses yang terbaik berbanding pesaing sebagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan prestasi organisasi.
Perancangan
membolehkan penetapan tanda aras yang hendak dicapai melalui penetapan matlamat/objektif
organisasi. Pencapaian matlamat atau
objektif oleh organisasi menunjukkan organisasi telah mencapai satu standard
atau piawaian (tanda aras) yang ditetapkan dan ini akan menjadi garis penamat
kepada organisasi.
3. Bertindak
kepada persekitaran yang dinamik
Sesebuah organisasi sentiasa menghadapi suasana persekitaran tugas dan persekitaran umum yang sentiasa berubah. Melalui perancangan pengurus dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada masa sekarang dan masa depan
Sesebuah organisasi sentiasa menghadapi suasana persekitaran tugas dan persekitaran umum yang sentiasa berubah. Melalui perancangan pengurus dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada masa sekarang dan masa depan
Penyesuaian, tindakan dan penambahbaikan boleh dilakukan dengan
segera bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar untuk menjimatkan
kos, mengurangkan pembaziran dan risiko disebabkan perubahan kepada persekitaran.
4. Sebagai alat kawalan pengurusan
Dengan membuat perancangan, pengurus dapat membentuk/ mewujudkan
satu sistem kawalan supaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan.
Melalui penggunaan alat perancangan, pengurus dapat memastikan
pencapaian organisasi selaras dengan perancangan yang telah dibuat.
Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
Kaitan Tingkat Pengurusan dengan
Perancangan
1. Pengurusan Atasan – Perancangan Strategik
·
Pengurusan
atasan melakukan perancangan strategik (jangka panjang).
·
Merujuk
kepada rancangan keseluruhan organisasi.
·
Kandungan
: Visi, misi, gol.( halatuju dan sasaran)
·
Skop :
Matlamat menyeluruh, organisasi/korperat
·
Kemahiran
: konseptual- melihat faktor-faktor persekitaran luaran dan dalaman. Pengurus
perlu mempunyai kemahiran konseptual yang tinggi berbanding pengurus peringkat
lain.
·
Pengurus
perlu memantau persekitaran dalaman dan luaran seperti ekonomi, teknologi,
kebudayaan, pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya.
2. Pengurusan Pertengahan – Perancangan Taktikal
·
Pengurus pertengahan menyediakan perancangan taktikal
(jangka sederhana).
·
Menyokong perancangan jangka panjang yang dibuat oleh
pengurus atasan.
·
Kandungan : Langkah persaingan, respons kepada tindakan
pesaing.
·
Skop : Matlamat bisnes, jabatan.
·
Kemahiran : Kemanusiaan– atasan dan bawahan organisasi.
·
Pengurus akan menentukan bagaimana syarikat akan
menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
3. Pengurusan Bawahan – Perancangan Operasian
·
Pengurus bawahan akan menyediakan perancangan operasian
(jangka pendek)
·
Perancangan yang dibuat perlu selaras dengan perancangan
yang dibuat oleh pengurus peringkat atasan dan pertengahan.
·
Kandungan : Unit pengeluaran, kaedah penyampaian
·
Mengawal operasi harian.
·
Kemahiran : Kemanusiaan – hubungan pelanggan, dan
Teknikal-mengawal selia operasi harian.
OBJEKTIF ORGANISASI
Visi
Visi adalah satu pernyataan yang
menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi.
Visi adalah satu tanggapan dan
pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan
perkembangan masa depan dan sebagainya. [kamus
dewan edisi 4]
Visi yang dibentuk adalah sesuatu yang
ideal dan unik untuk dicapai dan merupakan matlamat jangka panjang sesebuah
organisasi.
Ciri-Ciri Visi:
Ringkas, padat dan jelas – biasanya tidak
melebihi 25 patah perkataan. Visi yang di buat mestilah realistik dan
menimbulkan semangat serta Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila.
Contoh visi
Kolej Matrikulasi Perlis
“Menjadi sebuah institusi pra
universiti yang cemerlang”
Misi
Misi merupakan tujuan utama atau
matlamat sebenar sesebuah organisasi ditubuhkan.
Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk
yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran utama,
pasaran utama, sifat orang yang memegang kepentingan dalam firma dan masyarakat
dan falsafah pengurusan.
Misi yang baik dan berkesan akan membentuk
identiti dan imej organisasi dan ianya penting kepada sesebuah organisasi untuk
dijadikan sebagai panduan dan motivasi kepada ahli organisasi, menjadi hala
tuju yang dikongsi bersama dan dapat memfokus kepada usaha yang dijalankan.
Kepada pengurus, ia menjadi ukuran
bagi menilai kejayaan organisasi iaitu sejauh mana pengurus berjaya memenuhi
misi tersebut melalui usaha pekerja bawahannya.
Contoh Misi Kolej Matrikulasi Perlis
“Memberi
perkhidmatan pendidikan yang berkualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh BMKPM
kea rah melahirkan pelajar yang berketerampilan serta diiktiraf oleh Institusi
Pengajian Tinggi dalam dan luar negara”
Objektif
Objektif merupakan sasaran atau hasil
akhir yang cuba/dijangka dicapai oleh sesebuah organisasi. Ia terbentuk
daripada misi. Biasanya objektif dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus berbanding misi organisasi yang mana dimensi
masanya lebih jelas.
Biasanya setiap bahagian atau unit
akan menetapkan objektif masing-masing selari dengan misi organisasi.
Contoh objektif Kolej Matrikulasi
Perlis [ Pengajaran dan Pembelajaran]
“Memastikan sekurang-kurangnya 60%
pelajar mencapai minimum Purata Nilai Gred Kumulatif 3.00. “
Ciri objektif – ’’SMART”
Specific [Spesifik]
Measureable [Boleh diukur]
Achievable [Boleh dicapai]
Reward [Dikaitkan dengan Ganjaran]
Timely [Mempunyai tempoh masa]
1. Spesifik
¢ Objektif organisasi yang ditetapkan
perlulah khusus, fokus, jelas dan konkrit. Objektif tidak boleh ditentukan
secara kabur dan terawang-awang.
¢ Objektif yang ditentukan perlulah dengan mengenalpasti bidang-bidang utama dan
aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada prestasi syarikat. (prestasi
kewangan, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dan inovasi)
¢ Biasanya berlandaskan atau berdasarkan
kepada visi dan misi syarikat
2. Boleh
diukur
¢ Objektif yang dibentuk perlu
dinyatakan dalam bentuk kuantitatif supaya dapat diukur dengan apa cara
sekalipun.
¢ Ini adalah untuk memudahkan ukuran
dibuat ke atas kejayaan atau kegagalannya pencapaian objektif Contoh : Objektif yang boleh diukur - Sasaran
jualan 150,000 unit dalam tempoh satu tahun.
3. Boleh
dicapai
¢ Matlamat mestilah mencabar tetapi
boleh dicapai (realistik). Objektif yang ditentukan tidak boleh yang
bukan-bukan sehingga mustahil untuk dicapai.
¢ Ia semestinya tidak terlalu tinggi dan
tidak terlalu rendah untuk dicapai serta berdasarkan keupayaan organisasi.
¢ Contohnya Jabatan Pengeluaran sebelum
menetapkan objektif perlu mengambilkira keupayaan menghasilkan barangan melalui
sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi.
4. Dikaitkan
Dengan Ganjaran
¢ Objektif yang ditentukan perlu
dikaitkan dengan ganjaran sebagai faktor
pendorong kepada pelaksana.
¢ Tujuannya supaya pelaksana/ pekerja
yang melaksanakan tugas-tugas bagi mencapai objektif yang ditetapkan akan cuba
melakukan kerja dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan ganjaran yang dijanjikan
seperti bonus, pakej percutian, wang tunai dan lain-lain.
¢ Cth: Jurujual yang berjaya mencapai
kuota bulanan akan diberikan pakej percutian di Bali secara percuma.
5. Mempunyai
Tempoh Masa
¢ Objektif yang ditetapkan mesti
mempunyai had masa bila ia perlu diselesaikan.
¢ Tempoh masa diperlukan bagi mengukur
pencapaian organisasi semasa proses kawalan untuk membolehkan penilaian
prestasi dilakukan.
¢ Sekiranya tempoh tidak dinyatakan,
maka akan terdapat pelbagai tanggapan tentang tempoh masa yang sepatutnya
diambil dan ini akan menjejaskan pencapaian organisasi.
¢ Cth: Organisasi menetapkan untuk mencapai
peningkatan keuntungan sebanyak 20% dalam tempoh 3 tahun.
JENIS-JENIS OBJEKTIF
1. Objektif Organisasi
¢ Objektif keseluruhan firma.
¢ Dipertanggungjawabkan kepada
pengurusan atasan.
¢ Tergolong dalam perancangan jangka
panjang.
¢ Contoh: Syarikat AAA Bhd. ingin
meluaskan pasaran ke Eropah 5 tahun akan datang.
2. Objektif Jabatan
¢ Objektif sesuatu jabatan.
¢ Ditetapkan berdasarkan objektif
organisasi
¢ Dipertanggungjawabkan kepada
pengurusan pertengahan.
¢ Contoh: Jabatan Pengeluaran syarikat
AAA Bhd. mensasarkan peningkatan volum pengeluaran sebanyak 20% dalam
tempoh 2 tahun.
3. Objektif Unit
¢ Objektif bagi unit-unit kecil di dalam
jabatan.
¢ Dipertanggungjawabkan kepada
pengurusan bawahan.
¢ Penting untuk menyokong objektif
jabatan dan seterusnya objektif organisasi.
¢ Contoh:Unit Produk A mensasarkan
peningkatan volum pengeluaran produk A sebanyak 10% setiap bulan.
KEPENTINGAN OBJEKTIF
- Motivasi/Komitmen
¢ Objektif yang jelas akan memperincikan
tugas pekerja dan pekerja mengetahui tugas yang perlu dilakukan dalam mencapai
matlamat sesebuah organisasi. Ia akan menyebabkan pekerja akan lebih
bermotivasi dan komited dalam menjalankan tugas.
¢ Pekerja juga akan lebih bermotivasi
apabila mereka sedar sumbangan mereka penting untuk memastikan pencapaian
matlamat organisasi.
2. Piawaian
¢ Objektif boleh dijadikan sebagai tanda
aras atau kayu ukur bagi menilai kemajuan kerja agar tindakan pembetulan dapat
diambil jika perlu.
¢ Ia berfungsi sebagai satu piawaian
dalam membuat penilaian.
3. Rasional
¢ Melalui objektif yang ditetapkan,
pengurus mengetahui apa tindakan yang perlu diambil oleh organisasi mengikut
kesesuaian atau kerasionalan tanpa dipengaruhi oleh emosi
¢ Segala keputusan dibuat adalah untuk
memastikan polisi dalaman, peranan, struktur dan juga perbelanjaan dan
sebagainya dibuat menjurus kepada hasil yang hendak dicapai.
¢ Keputusan organisasi mestilah selari
dengan perancangan.
4. Keberkesanan kos
¢ Objektif yang ditentukan biasanya
mempertimbangkan pelbagai perkara seperti memastikan sumber-sumber digunakan
dengan cekap bagi mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran dalam organisasi.
¢ Sebarang pembaziran kos dapat dikesan
dari awal dan ianya dapat diperbetulkan sebelum berlaku.
5. Keformalan
¢ Objektif yang ditetapkan secara formal
akan memberitahu pekerja secara rasmi apa yang perlu dilakukan untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.
¢ Pekerja akan dapat menyusun aktiviti
mereka dan bekerja sama secara berkumpulan.
¢ Memastikan struktur yang bersistematik
untuk mencapai matlamat organisasi.
ALAT-ALAT
PERANCANGAN
1. Belanjawan
¢ Satu bentuk perancangan yang
memperuntukkan sumber kewangan untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau
program bagi sesuatu tempoh tertentu.
KEGUNAAN:
¢ Merupakan alat pengurusan yang penting
bagi tujuan pengagihan sumber kewangan yang terhad untuk pelbagai
kegunaan.
¢ Merancang perbelanjaan organisasi bagi suatu tempoh tertentu.
2. Titik Pulang Modal (TPM)
DEFINISI
– Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan
kos untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu
titik pulang modal.
• Ia tercapai bila Jumlah Hasil= Jumlah Kos
• Firma akan mempastikan output yang dijual
melebihi titik yang telah ditetapkan supaya memperolehi keuntungan.
KEGUNAAN:
• TPM digunakan untuk menentukan unit
minima yang patut dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.
¢ TPM boleh ditunjukkan dalam nilai wang
(ringgit) atau volum jualan mengikut formula berikut:
TPM (unit) = KT
H - KB
TPM (ringgit) = TPM (unit) x H
¢ Analisis TPM boleh juga ditunjukkan
dengan grafik (lakaran graf) - merupakan titik persilangan di antara garis
jumlah hasil (JH) dengan garis jumlah kos (JK).

3. CARTA GANTT
¢ DEFINISI – Carta berbentuk bar yang
menunjukkan susunan langkah-langkah atau aktiviti di dalam suatu projek dan
masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah atau aktiviti
tersebut
KEGUNAAN:
¢ Sebagai panduan dalam
melaksanakan projek mengikut masa yang ditetapkan.
¢ Merancang kemajuan projek.
¢ Merancang kos pelaksanakan projek.
Contoh: Proses membuat baju Butik Zila
Kerja
|
Masa
|
Melakar
|
1/6/2012 – 7/6/2012
|
Menggunting
|
7/6/2012 -14/6/2012
|
Menjahit
|
8/6/2012 – 21/6/2012
|
Membungkus
|
15/6/2012 – 28/6/2012
|
Carta Gantt : Aktiviti Menyiapkan 50
helai pakaian

4. CARTA PERT
- Ialah
rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan
masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana
melaluinya masa terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh
diketahui.
KEGUNAAN
•
Merancang
kemajuan projek dari segi tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu
aktiviti dalam projek.
•
Merancang
kos pelaksanaan projek berdasarkan tempoh masa penyiapan projek.
•
Sebagai
panduan dalam melaksanakan projek mengikut rancangan masa yang ditetapkan.
•
Merancang
kegiatan yang penting yang perlu dilaksanakan dahulu.
Aktiviti
|
Aktiviti Terdahulu
|
Masa (hari)
|
A
|
Tiada
|
4
|
B
|
Tiada
|
8
|
C
|
A
|
6
|
D
|
B,C
|
3
|
E
|
D
|
4
|

u good hearted fella
ReplyDelete