Pengenalan
Organisasi dan Pengurusan
a. Definisi
Organisasi dan Pengurusan
Definisi organisasi
Organisasi ialah gabungan dua atau lebih individu yang bekerja secara
sistematik dan berstruktur untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Definisi pengurusan
Pengurusan adalah pencapaian matlamat organisasi secara
efektif dan efisien melalui proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan
mengawal sumber-sumber bagi mencapai matlamat organisasi. (Richard
L. Daft, 2006 m.s 8)
b. Fungsi
Pengurusan
Fungsi
pengurusan dikenali sebagai proses disebabkan fungsi tersebut berkaitan antara
satu sama lain dan perlu dilakukan secara sistematik serta terancang. Empat
fungsi berkenaan ialah:
i. Merancang
Perancangan merupakan proses di mana
pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang
paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi demi mencapai
matlamat organisasi. Cara terbaik untuk mencapainya ialah melalui
pemilihan tugas yang perlu di lakukan, membuat panduan bagaimana tugas
dilakukan, dan menentukan bila ia sepatutnya dilakukan.
ii. Mengorganisasi
Mengorganisasi adalah proses di mana
pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan
tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi. Ia merujuk kepada proses mengatur dan menyelaras tugas-tugas
dan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan pelan tindakan untuk mencapai
matlamat. Ia menentukan kerja-kerja yang
perlu dilaksanakan, siapakah yang akan melaksanakan kerja tersebut, dan
bagaimana kerja-kerja tersebut akan di urus dan dikoordinasikan.
iii. Memimpin
Memimpin merupakan proses di mana pengurus
cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang
diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi. Ia menjadi sumber inspirasi dan motivasi pekerja supaya
mereka bekerja keras ke arah pencapaian matlamat organisasi. Ia juga melibatkan
aktiviti mempengaruhi dan memipin individu lain yang terlibat dalam tingkah
laku kerja yang diperlukan untuk pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh
organisasi.
iv. Mengawal
Mengawal adalah proses di mana pengurus
memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan
hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan. Pengurus mengawal aktiviti organisasi supaya prestasi
sebenar adalah selaras dengan standard atau piawaian yang telah ditetapkan dan mengambil
tindakan penambahbaikan bagi mencapai matlamat organisasi.
Peringkat Pengurusan
Sudah menjadi kebiasaan untuk
membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam
organisasi, pengurus diklasifikasikan mengikut tingkat kedudukannya dalam
organisasi. Biasanya seseorang pengurus akan dilantik
secara formal dan mempunyai tanggungjawab khusus.
Tiga peringkat
pengurusan yang lazimnya terdapat dalam sesebuah organisasi ialah pengurusan
atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan seperti dalam gambarajah
di bawah.

i.
Pengurusan Atasan
Pengurus atasan
adalah mereka yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu organisasi
secara menyeluruh. Mereka memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang
atau juga dikenali sebagai perancangan strategik (melebihi tiga tahun).
Pengurus atasan bertanggungjawab menetap dan menggariskan visi, misi, dasar,
polisi dan matlamat organisasi serta membimbing organisasi agar interaksinya
dengan persekitaran adalah baik. Antara contoh pengurusan atasan ialah Ketua
pegawai eksekutif (CEO), Presiden, Pengarah Urusan atau Pengarah.
ii. Pengurusan Pertengahan
Pengurusan pertengahan adalah mereka yang bertanggungjawab
kepada melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.
Peringkat pengurusan ini bertanggungjawab merangka dan membuat perancangan jangka
sederhana atau perancangan tektikal ( 1 hingga 3 tahun) berpandukan objektif
pengurusan atasan.
Mereka menyelia serta menyelaras aktiviti
pengurus bawahan dan kadangkala bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi dan
membuat laporan kepada pengurus atasan.
Antara contoh pengurus pertengahan ialah
ketua jabatan, pengurus produk atau pengurus pemasaran.
iii. Pengurusan Bawahan
Pengurus bawahan adalah
bertanggungjawab menyelia individu-individu yang terlibat secara lansung
dengan pengeluaran produk dan perkhidmatan serta melaksanakan perancangan
khusus yang telah ditetapkan oleh pengurus pertengahan. Mereka bertanggungjawab ke
atas pekerja organisasi bukan pengurusan. Pengurusan bawahan memberi tumpuan
kepada perancangan jangka pendek atau perancangan operasi ( tidak melebihi 1
tahun)
Mereka memberi penekanan terhadap tugas
penyeliaan kerja operasi, pelaksanaan tugas harian pekerja agar matlamat organisasi
tercapai.
Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia
Jualan
Peranan
Pengurusan
a. Peranan
Pengurusan
Mintzberg adalah merupakan tokoh terawal yang terlibat untuk memberikan
idea berkaitan pengurusan. Menurut
beliau, pelaksanaan empat fungsi pengurusan memerlukan pengurus memegang
beberapa peranan penting pada tahap pengurusan yang berbeza. Peranan
ialah satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan yang
disandang.Terdapat beberapa peranan utama yang
dimainkan oleh seseorang pengurus dari pelbagai tahap. Di antara peranan utama pengurus adalah sebagai :
a.
Penjalin Hubungan Perorangan
b.
Pembuat Keputusan
c. Pemberi
Maklumat
i. Penjalin
Hubungan Perorangan
o
Peranan
Tunggak (Figurehead)
Pengurus mewakili
jabatan atau organisasi dalam menyambut dan memberi penerangan kepada pelawat,
pelanggan atau pihak luar yang memerlukan maklumat berhubung dengan organisasi.
Biasanya pengurus yang terlibat dengan upacara penting di
luar organisasi diwakili oleh pihak pengurusan atasan. Untuk mewakili
organisasi bagi upacara yang kurang penting biasanya diwakili oleh pengurus
peringkat bawahan.
o
Peranan Pemimpin (Leader)
Pengurus juga adalah ketua dalam organisasi atau jabatan atau kumpulan
kerjanya. Dengan itu pengurus biasanya
bertindak sebagai pendorong dengan
memberi bantuan, motivasi, latihan dan tunjuk ajar kepada pekerja lain dalam
organisasi. Pengurus turut menjadi role model kepada pekerja. Segala tindakan pengurus biasanya menjadi
ikutan pekerja. Pada masa yang sama, pengurus boleh bertindak sebagai
fasilitator kepada pekerja lain untuk mencapai matlamat organisasi.
o
Peranan Penghubung (Liaison)
Pengurus sebagai
penghubung antara organisasi dengan pihak luar atau sesama pekerja. Ia akan
menyampaikan, memberi dan mendapatkan maklumat daripada pihak luar yang akan
memberikan kepentingan kepada organisasi. Hubungan yang berlaku sama ada secara
rasmi atau tidak tetapi yang mustahak ia mestilah berkesan. Hubungan yang
berlaku biasanya dengan pembekal, pelanggan, pelabur atau pihak bank.
o
Peranan Usahawan
Pengurus seharusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam segala
aktiviti perniagaan yang dijalankan. Oleh itu pengurus perlu mempunyai
ciri-ciri seorang usahawan seperti sentiasa berusaha untuk membangunkan
perniagaan dan mengenalpasti peluang baru untuk meningkatkan keuntungan
syarikat di samping memenuhi citarasa pelanggan . Pengurus perlu menggunakan
daya kreativiti dan inovasi mereka untuk meningkatkan kelebihan untuk bersaing
dengan pesaing lain dalam pasaran.
o
Peranan Menangani Gangguan
Di antara peranan pengurus adalah untuk menjadi orang tengah untuk
menyelesaikan masalah berkaitan kerja, perhubungan sesama pekerja, masalah
berkaitan produk atau pun masalah berkaitan pelanggan. Pengurus seharusnya meneliti,
memahami dan cuba mengenalpasti tindakan boleh diambil untuk menyelesaikan
masalah berkenaan supaya masalah tersebut tidak mengganggu pencapaian matlamat
sesuatu organisasi.
o
Peranan Pengagih Sumber
Pengurus merancang dan mengelola sumber-sumber organisasi mengikut
kepentingan dan kesesuaian tugas kepada unit-unit kerja atau jabatan tertentu.
Sumber organisasi meliputi sumber manusia dan sumber fizikal. Penentuan
kombinasi sumber yang cekap antara kedua-dua jenis sumber ini akan menghasilkan
output yang terbaik.
o
Peranan Perunding
Pengurus adalah perunding di dalam organisasi dan juga dengan kumpulan-kumpulan
di luar organisasi. Umpamanya, seorang pengurus pemasaran membuat rundingan
dengan pelanggan untuk mendapat kontrak membekal barangan syarikat. Rundingan
juga akan berlaku dengan pembekal, pihak-pihak kerajaan, pasaing dan
sebagainya. Pengurus juga terlibat dalam rundingan dengan pekerja, rakan
sekerja dan pihak atasan bagi meningkatkan prestasi organisasi.
iii. Pemberi
Maklumat
o
Peranan Pemantau
Pengurus biasanya bertindak memantau kegiatan dan mengumpul maklumat, sama
ada di dalam atau di luar organisasi. Sebahagian maklumat didapati daripada
laporan, mesyuarat, seminar atau perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.
Mereka juga boleh melakukan pemantauan ke atas pekerja atau menyoal
pekerja-pekerja lain untuk mendapatkan maklumat. Pengurus yang mempunyai
maklumat akan lebih bersedia untuk membuat keputusan dan memastikan subordinat melakukan
tugas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
o
Peranan Penyebar
Maklumat penting yang di perolehi daripada pemantauan semasa mesyuarat atau
persidangan biasanya akan disebarkan kepada subordinat sama melalui memo
ataupun perjumpaan bersama subordinat. Maklumat yang
disebarkan termasuklah objektif dan perancangan kerja kepada subordinat, dan
laporan prestasi subordinat daripada pengurus atasan. Penyebaran maklumat secara
mendatar juga boleh berlaku sesama rakan sekerja. Kebiasaannya maklumat ini
perlu disaring untuk memastikan maklumat tepat diperolehi. Dengan demikian, pengurus harus menyebarkan maklumat yang
tepat dan betul kepada subordinat bagi mengelakkan wujud sebarang kekeliruan.
o
Peranan Jurucakap
Pengurus akan bertindak sebagai jurucakap semasa bertindak memindahkan
maklumat kepada pihak-pihak di luar unit kerja mereka. Pengurus akan menjadi
jurucakap dalam kerja atau mungkin mewakili organisasi dalam perundingan dengan
pihak luar organisasi seperti pelanggan, pembekal, kerajaan dan pelabur.
Kemahiran Pengurusan
Untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan, penguasaan beberapa jenis
kemahiran amat diperlukan oleh pihak pengurusan. Antara kemahiran yang perlu dimiliki
oleh pengurus ialah ;
i.
Kemahiran
konseptual
ii.
Kemahiran
teknikal
iii.
Kemahiran
kemanusiaan
i. Kemahiran
Konseptual
Kemahiran yang berkaitan dengan keupayaan
melihat organisasi secara menyeluruh, iaitu memahami hubungkait dan saling
bergantung antara bahagian atau unit dalam organisasi serta memahami bagaimana
organisasi menyesuaikan diri dalam persekitaran perniagaan. Kemahiran
konseptual membolehkan pengurus memahami kesan sesuatu tindakan ke atas
organisasi, melihat bagaimana pelbagai fungsi organisasi yang saling melengkapi
antara satu sama lain, memahami bagaimana organisasi berhubung dengan
persekitarannya, dan menyedari bagaimana perubahan yang berlaku di suatu
bahagian organisasi memberi kesan terhadap keseluruhan organisasi. Kefahaman yang jelas terhadap aspek di atas membolehkan pengurus membuat
perancangan jangka panjang bagi organisasi. Kemahiran ini penting kepada
pengurus atasan.
ii. Kemahiran
Teknikal
Merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan dan keupayaan pengurus
untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu
dalam pekerjaan. Kemahiran ini boleh dipelajari di institusi pengajian
seperti di Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian dan
Institusi Pengajian Tinggi. Meskipun kemahiran ini sangat diperlukan oleh
pengurus bawahan kerana terlibat secara langsung dalam proses penyeliaan
pekerja bawahan mereka. Namun, kemahiran
teknikal di kalangan pengurus pertengahan dan pengurus atasan akan membantu
mereka dalam urusan pentadbiran syarikat.
iii. Kemahiran Kemanusiaan
Kemahiran
kemanusiaan merujuk kepada kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pihak untuk
tujuan tertentu. Kemahiran ini melibatkan keupayaan untuk membentuk
kerjasama dengan individu atau kumpulan yang dipimpin. Keupayaan membentuk
kerjasama ini boleh dilihat melalui interaksi dan komunikasi dengan baik sesama
ahli, boleh bekerja dengan orang lain, dan memahami gelagat dan kepentingan
individu atau kumpulan dalam setiap aktiviti yang melibatkan peyertaan bersama.
Pengurus yang mempunyai kemahiran kemanusiaan yang unggul akan berupaya
melaksana tanggungjawab kepimpinan yang baik, cekap dan berkesan. Pengurus juga
boleh menggunakan kemahiran kemanusiaan yang dimilikinya bagi memotivasikan
individu atau kumpulan yang dipimpin dan mewujudkan persekitaran komunikasi
yang memberangsangkan bagi faedah organisasi dan aktiviti yang dilaksanakan.
Kaitan
Kemahiran Pengurusan Dengan Tingkat Pengurusan
Rajah 2.2:Perkaitan antara jenis
kemahiran dengan tingkat pengurusan
a.
Pengurus Bawahan
Kemahiran teknikal adalah sangat penting bagi pengurus bawahan seperti
penyelia atau pegawai tadbir kerana mereka perlu mengawasi segala aktiviti dan
operasi harian organisasi. Tanpa pengetahuan yang mencukupi tentang aspek-aspek
teknikal produk atau perkhidmatan yang berkenaan, mereka akan menghadapi
kesukaran untuk membantu pekerja yang menghadapi masalah serta sukar untuk
menguruskan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi berkenaan.
Kemahiran manusia juga sangat penting kerana pengurus bawahan menjadi
penghubung antara pengurusan pertengahan dengan pekerja bukan pengurusan.
Mereka yang akan memaklumkan matlamat organisasi, menjelaskan masalah
organisasi dan memberi motivasi kepada pekerja.
b. Pengurus Pertengahan
Bagi pengurus pertengahan sangat memerlukan kemahiran kemanusiaan/komunikasi/interpersonal.
Mereka menjadi penghubung dengan jabatan-jabatan lain dalam organisasi.
Contohnya, jika suatu mesyuarat antara jabatan diadakan, pengarah atau pengurus
pertengahan seperti Pengurus Pemasaran, Pengurus Kewangan dan Pengurus Sumber
Manusia akan menjadi pengantara untuk membincangkan masalah masing-masing.
Kemahiran teknikal
tidak begitu penting kepada pengurus pertengahan namun membantu mereka
bertindak dengan lebih bijak dan memahami aktiviti bahagian mereka. Dengan sebab
itulah, kebanyakan syarikat di Jepun mewajibkan setiap pengurus melakukan
kerja-kerja operasi semasa mereka mula bekerja di sesebuah organisasi.
c. Pengurus Atasan
Pengurus atasan sangat memerlukan kemahiran konseptual. Mereka perlu
sensitif kepada sebarang bentuk perubahan persekitaran dalaman atau luaran
untuk membuat perancangan strategi. Misalnya kegawatan ekonomi akan menyebabkan
operasi syarikat terjejas. Mereka perlu cepat bertindak untuk menangani
sebarang bentuk perubahan yang boleh menjadi ancaman kepada organisasi.
Pengurus atasan juga perlu bijak berkomunikasi
dengan semua pihak sama ada di dalam atau di luar organisasi. Sebagai ketua
syarikat, mereka turut menjadi role
model kepada pekerja organisasi. Setiap ucapan, maklumat, nasihat dan motivasi
yang di sampaikan dengan jelas kepada semua pekerja mampu melonjakkan
peningkatan produktiviti di kalangan pekerja.
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740
ReplyDeleteit was help my examination
ReplyDeleteWhat is your name
DeleteTerima kasih memang membantu dalam tugasan saya. Semoga Tuan/Puan semakin bersemangat dan tetapp maju jaya dalam membuat blog ilmu seperti ini. Saya sangat menghargai usaha Tuan/Puan. Mohon halalkan ilmu yang ditulis oleh Tuan/Puan diambil sebagai rujukan.
ReplyDeleteThankyou, sangat membantu
ReplyDeleteThankyou, sangat membantu
ReplyDeletethank you ,sangat membantu
ReplyDeleteNama penulis blog nak tahu boleh?
ReplyDeleteBoleh tau nama penulis blog? Sebab saya perlukan nama dari blog ni sebagai bukti.
ReplyDeleteNama Blogger siapa
ReplyDeleteboleh tau nama penulis blog tak ?
ReplyDeleteKISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
ReplyDeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih